Khamis, 27 Oktober 2011
CERAMAH BULANAN MASJID ASSOBIRIN
TARIKH : 20.11.2011 (AHAD MLM ISNIN ) MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PENCERAMAH : USTAZ JAMNUL
PROGRAM : KEM SOLAT PINTAR
TEMPAT : MASJID AS SOBIRIN KAMPUNG
BUKIT CHANGGANG
SEMUA AHLI KHARIAH DIJEMPUT HADHIR MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Selasa, 25 Oktober 2011
MEMPERTINGKAT DAN MENYEMAK BACAAN FATHEHAH DIDALAM SOLAT
Solat merupakan ibadah yang paling utama.Solat adalah ibadat yang mula mula sekali yang akan dihisab.Andai Solat kita lulus maka barulah ibadat ibadat yang lain akan dihitung.Andai ibadat solat kita ditolak oleh Allah maka ibadat yang lain pun akan tertolak.
Didalam ibadat Solat bacaan Fathehah merupakan rukun didalam Solat.Andainya Fathehah yang kita baca didalam solat tidak betul maka Solat kita tidak sah.maka itu kita diwajibkan mempelajari bagaimana hendak membaca Fathehah dengan betul.Keutamaan kaum lelaki diwajibkan mempelajari dan meningkatkan bacaan Fathehah kerana kaum lelaki akan menjadi iman baik untuk awam atau keluarga sendiri.
Sehubung dengan itu pihak Masjid akan mengadakan satu ceramah dan bengkel untuk mempertingkatkan dan memperbetulkan bacaan fathehah kita.tarikh dan butir butir ceramah dan bengkel ada tertera dibawah ini.
TAJUK : FATHEHAH
TARIKH : 29.10.2011
TEMPAT : MASJID ASSOBIRIN
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PENCERAMAH : USTAZ DAHIM BIN JALAL
AL-JAWIY
Pehak Masjid Assobirin mengharapkan semua Ahli Kharih dapat hadhir.Pihak Masjid juga berharap semua imam imam dan bilal bilal Surau yang berhampiran dapat hadhir sama.Sama sama lah kita meningkatkan teknik bacaan Fathehah kita agar ibadat Solat kita lebih sempurna.Berfikir lah sejenak tahap mana bacaan Fathehah kita kerana berfikir sejenak lebih baik dari ibadat Solat 70 tahun.Program ini bukan untuk kaum lelaki sahaja.Kaum wanita juga digalakkan hadhir sama.
Rabu, 19 Oktober 2011
SALAM PENGENALAN MASJID ASSOBIRIN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG 2011
MASJID ASSOBIRIN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG (2011)
MERCU TANDA MASJID ASSOBIRIN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG LALUAN REFLEKSOLOGI DI KAKI LIMA DI MASJID ASSOBIRIN
DEWAN SOLAT UTAMA DAN DEWAN KULAIAH UTAMA
DEWAN KULIAH DILENGKAPI KEMUDAHAN 2 BUAH SKRIN GERGASI
PROFESOR DATUK DR HAROON DIN SEMASA CERAMAH ISRA MIKRAJ
MOTO MASJID: MASJID PENGGERAK PEMBANGUNAN UMMAH
Langgan:
Catatan (Atom)